Diari Ramadhan Sakinah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Salam Ramadhan Al-Mubarak. Alahai, sejak masuk KMKu ni, saya amat teramat sangat sibuk dgn kerja kuliah. Saya juga kini masih dalam proses menyesuaikan diri dengan jadual yg padat, kerja yg banyak, dan juga cuaca yg panas. Heheheheh.

Bangun pagi jam 6 pagi, lepas tu mandi dan solat. Bersiap-siap. Jam 7 pagi dah gerak ke surau utk membaca Al-Mathurat. Jam 8 sehingga jam 2.10 petang, ada kuliah. Lepas raya nanti, barulah kami akan ada kelas sehingga lewat petang. Ya Allah.

Di bulan Ramadhan ni, jam 6.30 petang dah kena gerak ke surau. Ada tazkirah. Berbuka lebih kurang jam 7.40 petang, minum air dan makan kurma lepas tu solat Maghrib. Jam 8 lebih mcm tu, barulah kami ke dewan makan, alahai..

Solat Isyak, terawih. Jam 10.30 malam, baru balik asrama. Buat kerja kuliah. Belajar. Sambil sembang-sembang hehehhehe..

Kadang-kadang, kalau dah penat sangat, memang sy akan curi masa utk tidur sekejap. Huhu. Cuaca amat panas. Menyebabkan tenaga mudah hilang. Gehehehhehe.

Rindu nak blogging huhuhu.

18hb Julai ni saya balik Sabah!!!! Tak sabarnyaaaaaa! Sehingga 1 ogos. Lama kan kami cuti? Jangan cemburu heheheheheh.

Doakan saya. Insya Allah.

Chillax, Cahaya Sakinah.

20140709-210640-76000324.jpg

Leave a comment