Xanthrons, one for all and all for one

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aduhai, berbulan-bulan lamanya saya meninggalkan dunia blogging dek kerana kesibukan dan kesuntukan masa. Mana tak sibuknya, pagi ke petang saya ada kelas, malam pula saya mengulang kaji pelajaran. Hujung minggu pula, saya berehat dan membuat tugasan yang diberikan. Acewah.

Alhamdulillah, saya telah berjaya menamatkan pengajian saya di Kolej MARA Kulim pada 7hb Mei lalu. Sudah seminggu lebih saya bercuti. Saya amat merindukan Xanthrons. Hmmm, Xanthrons? Apakah itu? Jangan panik. Xanthrons merupakan nama batch saya, yang terdiri daripada 127 orang, 101 orang pelajar USM-KLE, 25 orang pelajar USM tempatan dan seorang telah berpindah. Xanthrons mendapat tempat yang sangat istimewa di hati saya. Walaupun perkenalan kami  tidak sampai setahun, namun hubungan sesama Xanthrons amat erat bagaikan adik-beradik.

Terlalu banyak memori yang kami ciptakan di Kolej MARA Kulim. InsyaAllah, memori yang indah akan terus kami ciptakan di USM-KLE kelak. Dan kami akan terus merindui rakan-rakan seperjuangan yang berada di Malaysia. Doakan kami berjaya, okay?

Dahulunya, saya pernah bercerita tentang kenangan kami sewaktu di semester pertama. Kali ini saya akan menceritakan pula kenangan pahit manis kami sepanjang semester dua.

Antara kenangan yang sukar saya lupakan ialah, sewaktu Minggu Sains Sosial. Banyak aktiviti yang dijalankan bukan sahaja dalam kalangan pelajar PRA-U USM, bahkan juga seluruh pelajar Kolej MARA Kulim yang merangkumi pelajar daripada program Matrikulasi, FiST UNiKL, dan UMK. Setiap kelas diberikan negeri untuk melakukan persembahan. Alhamdulillah, kelas saya, USM B mendapat negeri Kedah, manakalah USM A mendapat negeri Selangor.

Hmmm, geli hati bila mengenangkan kembali sewaktu saya memegang watak Mahsuri. Hahahaha. Alhamdulillah, USM B memenangi tempat pertama walaupun dengan 3 hari persiapan. Acewah. #SisBangga

Sebenarnya, saya amat menggemari waktu makmal (lab). Tak kiralah lab biologi kah, lab fizik mahupun lab kimia. Saya sangat seronok melakukan eksperimen. Aktiviti dalam makmal merupakan aktiviti yang lain dari kebiasaan. Yelah, lazimnya kkta hanya duduk, mendengar apa yang cikgu ajar dan membuat latihan. Tapi, dalam makmal, kita melakukan sesuatu secara praktikal! Paling seronok apabila kami membedah tikus! MasyaAllah, saya sangat teruja. Masa itulah kami semua ‘bajet’ doktor. Hehehe.

Tidak lupa juga kepada kenangan sewaktu menghadiri Kem Ibadah. Alahai, 2 malam berada di kem tersebut sepertinya tidak cukup untuk kami. Terlalu banyak pengisian bermakna yang kami perolehi daripada ceramah-ceramah yang diadakan. Kalau kem tersebut diadakan seminggu kan seronok! Acewah..

Siapa sangka, seorang yang bernama Sakinah, mampu mendaki bukit Mertajam! Hahaha. Sudahlah saya sudah lama tidak melakukan aktiviti yang meguji stamina seperti mendaki, tiba-tiba saya menyertai aktiviti mendaki pula. Dengan keadaan kaki saya yang tidak mengizinkan lagi. Ish ish ish, memang macam menggali kubur sendiri. Amboi, hiperbola pula. Haha.

Saya sebenarnya pernah je masuk hutan, sebab dulu saya menyertai aktiviti Unit Beruniform Pengakap. Jangan pula kalian fikir saya lemah tau. Hahaha. Semasa mendaki bukit Mertajam, ya Allah, baru naik sikit, saya dah semput semacam. Yelah, bayangkan, saya ni jogging pun tidak. Hahaha. Memang rasa nak putus asa dan turun je. Tapi alhamdulillah, saya berjaya sampai ke puncak. Hahaha poyo je.

Kenangan yang paaaaaaaaling saya rindui ialah, semasa kami menghadiri kursus BTN di Kem Bina Negara KLIA. Selama lima hari kami berkampung di sana, belajar untuk lebih menghargai dan mencintai Malaysia agar kelak apabila kami ke luar negara, tidak lupus identiti kami sebagai anak jati Malaysia. Banyak sungguh ilmu pengetahuan awam yang kami belajar daripada kursus tersebut. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga menarik dan mencuit hati. Rindunya…. Kalaulah masa boleh diputarkan… Eh, berangan pula! Hahaha.

Sebenarnya banyak lagi kenangan manis saya bersama dengan Xanthrons. Kalau nak cerita satu-satu, bak kata orang utagha, tak dan! Ahahaha.

Saya amat merindukan guru-guru di Kolej MARA Kulim, terutamanya cikgu-cikgu yang mengajar kelas saya. Cikgu Zulaikha, guru Fizik yang juga merupakan ibu saya di Kolej MARA Kulim. Cikgu Azman, guru Kimia yang sangat mencuit hati. Cikgu Zuraidah, guru Biologi yang sangat prihatin kepada kami. Cikgu Anita, guru Matematik yang sangat penyayang. Teacher Jamilah, guru Bahasa Inggeris yang sangat menghiburkan. Tidak lupa juga kepada cikgu-cikgu kelas USM A. Cikgu Rashidi, guru Matematik yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Cikgu Rosnani, guru Fizik yang sangat menenangkan. Cikgu Norish, guru Kimia yang bersemangat. Cikgu Fairus, guru Biologi yang sugguh jelita. Teacher Shazlina, guru Bahasa Inggeris yang sangat manis orangnya. Tidak lupa juga kepada Ustaz Zural, guru Agama yang sentiasa hebat berkata-kata. Cikgu Ilman dan cikgu Azimah, yang banyak membantu kami. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan, halalkan lah segala ilmu yang dicurahkan. Kami janji kami akan belajar bersungguh-sungguh lagi selepas ini. Semoga ukhuwah kita kekal berpanjangan. Amin.. Selamat hari guru, cikgu 🙂

Saksikan, watikah Xanthrons kepada Xanthrons di https://youtu.be/eLm_JvoJGDE

WP_20150519_001

IMG_1666 IMG_1730 IMG_4843 IMG_5086 IMG_5556 IMG_5785 IMG_6062 IMG_6098 IMG_6136 IMG_8064 IMG_8066 IMG_8073

Chillax, Cahaya Sakinah.

Leave a comment