Temuduga Program USM-KLE

imagesC0I3XKS3

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alahai, dah berhabuk blog saya ni kan. Hmm, biasalah, pelajar asasi, sibuk. Talian internet di kolej saya pun tidak memberangsangkan. Baiklah, saya ambil kesempatan ini untuk menceritakan kisah saya yang paling terbaharu iaitu, temu duga untuk program USM-KLE dengan harapan dapat membantu para pembaca kalian dalam apa jua sesi temu duga.

Baiklah, pertama sekali. Saya ingin berkongsi sedikit tips untuk temu duga. Sudah menjadi kelaziman bagi semua sesi temu duga, tidak kiralah di mana pun anda berada, aspek pemakaian sangat penting. Ini membantu kita untuk mendapat interpretasi yang baik daripada panel penemu duga. Anda haruslah bijak mengawal perasaan gugup dan gementar seterusnya menjadi postur badan. Senyuman haruslah tidak lekang dari bibir anda. Anda harus membuktikan kepada ahli panel bahawa anda adalah calon yang terbaik, namun haruslah berhati-hati, setiap tutur kata anda seboleh-bolehnya tidak menunjukkan anda seorang yang riak dan bangga diri. Anda perlulah membuat persiapan yang rapi sebelum hari temu duga, kerana hal demikian dapat membantu anda untuk bercakap dengan lancar. Selain itu, anda perlulah pandai mengambil hati ahli panel penemu duga.

imagesJG7D2I0T

Soalan-soalan yang ditanya ketika sesi temu duga tidaklah susah, namun sangat ‘tricky’ dan menguji keyakinan anda. Lazimnya, anda pastinya akan disuruh untuk menceritakan kisah diri anda, apa yang menjadi inspirasi ada, apa yang anda ketahui tentang tempat anda belajar kelak, mengapa anda memilih doktor sebagai karier, dan sebagainya. Soalan yang mudah akan tetapi perlukan kematangan dalam jawapan untuk menarik hati ahli panel. Anda juga diberikan satu situasi, dan anda haruslah menyelesaikan situasi tersebut dengan cara yang paling matang. Jangan terburu-buru untuk menjawab, anda diberikan masa untuk berfikir.

Temu duga saya berlangsung pada 23 Februari yang lalu, dari pagi hingga petang. Setiap sesi mengambil masa purata 20 minit, secara berindividu. Jujur saya katakan, saya sangat gementar dan cuak. Saya merupakan calon yang kesepuluh. Walaupun saya sangat gementar, saya cuba sedaya-upaya senyum dan buat muka yakin (padahal hmmm haha). Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, berkat doa ibu bapa, guru-guru dan sahabat sekalian. Terima kasih atas titipan doa kalian. Ahli panel penemu duga ketika itu terdiri daripada Professor dan doktor dari USM, pegawai MARA dan juga pegawai JPA. Alhamdulillah, saya langsung tidak berasa tertekan ketika ditemu duga kerana mereka sangat baik. Semoga Allah SWT merahmati mereka. Amin.

Akhir kata dari saya, saya mohon agar para pembaca sekalian mendoakan kejayaan saya dan juga rakan-rakan saya agar kami diterima masuk ke program USM-KLE dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan Pra-U USM yang akan melanjutkan pendidikan di USM. InsyaAllah.

Kejayaan tidak datang dengan sendirinya. Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Oleh itu, ayuh, Xanthrons, kita fokuskan kepada agenda terakhir kita, iaitu peperiksaan akhir semester 2, yang akan menentukan CGPA kita. Kami sayang USM.

Chillax, Cahaya Sakinah.

10 thoughts on “Temuduga Program USM-KLE

  1. Alif

    Assalamualaikum, akak under program MARA/JPA-MARA ke ?

    Kalau ya, memang kena lalui interview ke selepas habis Program PRA-U USM di Kolej MARA Kulim walaupun pointer 3.5 ?

    Terima kasih,

      1. Alif

        Ohh isee. Tapi andai katalahh takda rezeki, kita taklepas interview, so pihak MARA akan hantar ke USM atau kita kena cari sendiri ? Walaupun pada mulanya kan kita dah berada bawah tajaan MARA ?

  2. syahmi

    As salam akak, akak belajar kat kmku10 bulan je ke? kemudian, bagaimana dengan iv usm-kle? fully english or campur2?

      1. syahmi

        kat kmku tu kemudahan apa yang disediakan kak? contohnya heater, seterika perlu x bawak? dan pkaian kat kuliah mcm mane?

  3. asy

    Salam alaiyk sis ,
    ada tak stud from palam or pasum or matric yg join USMKLE ? or mmg kene pra u-usm ?

    and

    apa kelayakan untuk join prog ni .

    tenkiu sis.

    1. wasalam.
      okay, sebenarnya mcm ni. sebelum batch akak, program usmkle ni sbenarnya terbuka utk semua lepasan asasi, tak kesahlah ipta ke, budak IB ke, A level ke, matrik ke. tapi, batch akak batch pertama yg ada program khas untuk asasi usm kle ni. iaitu pra u usm, d kolej mara Kulim. ada sebahagiaan tajaan mara n sebahagiaan lain tajaan jpa. untuk memudahkan proses pemilihan, so dorg buat pra u usm ni. kuota 100 sahaja. tapi akak tak sure mmg takde bukaan utk student matri ke apa untuk masa akan datang. sebabnya, pra u usm tu masih dijalankan sperti biasa.
      kelayakkannya, kalau batch akak, muet band 4, pointer melebihi 3.5. tapi dgrnya ada pembaharuan. hehehe wAllahualam.

  4. Farhana

    Assalamualaikum akak , nak tanya , kalau tak lepas interview usm-kle itu kita memang akan dapat ke usm atau kena cari sendiri ipta lain ? Terima kasih

    1. Wslm. Setahu akak, kalau tak lepas interview usm kle, dorg akan cuba juga utk lepaskan. Sbb masa batch akak, ada sorg tu pointer dia elok tp dia tak pass interview, tapi rezeki Allah kan, dia akhirnya dapat juga masuk usmkle. Tapi, kalau tak pass pointer tu yg susah sikit. And yeah kalau tak pass pointer, scholarship seperti mara atau jpa akan try masukkan je kat usm local. Tp kalau berkenaan tak pass interview, akak kurang pasti. Tp rasanya pihak scholarship akan cuba juga masukkan ke dlm usm local insyaAllah. Kalau tak pun, masuk mana2 universiti swasta di bawah jagaan MARA.

Leave a comment